A non-Answer from MUIS


MUIS finally responds

Drum roll please.

MUIS logoIntegrasi Sebati Dengan Ajaran Islam

  1. Muis telah menerima beberapa pertanyaan tentang kedudukan keagamaan masyarakat Islam di Singapura dan soalan ini menjurus kepada sama ada ajaran agama Islam yang diamalkan di Singapura menyekat masyarakat dari berintegrasi dengan masyarakat lain di negara majmuk Singapura.
  2. Masyarakat Islam Singapura telah sekian lama turut serta di dalam arus pembangunan negara.  Proses integrasi diterima oleh masyarakat Islam sebagai bahagian penting dalam pembangunan dan kemakmuran yang dihasratkan oleh setiap warga Singapura.  Ini dapat dilihat melalui penglibatan orang-orang Islam di dalam kehidupan seharian masyarakat majmuk di dalam negara ini, sama ada di peringkat individu mahupun institusi.
  3. Kesungguhan masyarakat Islam untuk berintegrasi tidak hanya didorong oleh impian untuk merealisasikan pembangunan dan kemakmuran Singapura, seperti yang termaktub di dalam ikrar negara.  Ia sebaliknya turut didasari oleh kesedaran masyarakat Islam yang mendalam bahawa hidup bersama sebagai sebuah masyarakat majmuk yang berintegrasi merupakan satu kewajipan agama Islam.
  4. Banyak ayat Al-Quran yang membicarakan tentang kewajipan ini.  Panduan hidup Muslim yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad melalui hadith dan perjalanan hidup beliau juga mengukuhkan kefahaman ini.
  5. Sebagai usaha merakamkan dan seterusnya membudayakan pendirian Islam terhadap kewajipan mengutuhkan kehidupan bersama ini, Majlis Ugama Islam Singapura telah melancarkan gagasan Identiti Muslim Singapura sejak tahun 2005. Gagasan ini menekankan bahawa seorang Islam yang taat kepada agamanya juga merupakan seorang warga negara Singapura yang baik. Gagasan ini telah diterima dengan baik oleh masyarakat Islam Singapura, kerana ia bukan satu ciptaan baru dalam pemahaman Islam.  Sebaliknya, teras gagasan Identiti Muslim Singapura ini adalah ajaran sebenar Islam yang murni, seperti yang terkandung di dalam tradisi Islam yang sebenar.
  6. Majlis Ugama Islam Singapura  merasa syukur melihat kesedaran beragama di dalam masyarakat Islam Singapura semakin meningkat. Kami yakin bahawa peningkatan yang terserlah di dalam pengamalan agama berdasarkan kefahaman yang tepat menghasilkan umat Islam yang terus progresif di dalam membuat sumbangan ke arah pembangunan negara yang makmur dan sejahtera.

Ustaz Irwan Hadi Mohd Shuhaimy

Ketua Pejabat Mufti

Majlis Ugama Islam Singapura

A non-answer

A non-answer is the act of providing a reply to a question that does not give an any physical or concrete information. The non-answer dances around a subject so well that the end result is a jumble of words that say nothing.

Briefly for non-Malay readers. To summarize the response: Muslims in Singapore are well-integrated into the society and Islam teaches that it is the duty for Muslims to be integrated into the general society.

I’m disappointed with the leadership of MUIS. Instead of answering the question directly, the organisation decided to dance around the subject. MM Lee Kuan Yew said “be less strict on Islāmic observances“.

Which is better? Keeping quiet or giving a non-answer?

Where do I go from here

I have never put much weight on MUIS leadership. Even when they issued a fatwa decreeing that organ donation is permissible, I opted out. That doesn’t mean I won’t donate my kidneys.

If I were to donate, it’ll be a conscious act and not when I’m dead.

The whole incident just confirmed my suspicions of where the leadership of PAP stands. Whatever respect I have for MM Lee are gone. though I acknowledge his contribution in making Singapore to what it is now.

And it doesn’t mean I must kowtow to him or his party.

After all, we’re all mortal humans.

Advertisements

Tags: , ,

Trackbacks / Pingbacks

  1. Leadership or Lackeys « Alter Net Views - January 30, 2011
%d bloggers like this: